fbpx

Terma & Syarat Tempahan.

  1. TEMPAHAN & TEMPOH MASA MELENGKAPKAN TEMPAHAN

Semua pembelian di KadKahwinArena akan mengikut harga semasa belian pelanggan. Draf rekabentuk dan proses cetakan hanya akan dilakukan selepas pelanggan melengkapkan maklumat yang diperlukan.

Semua tempahan di KadKahwinArena akan diproses berdasarkan tempoh masa berikut :

Digital Invite – Siap Terus

Proses Draf

Minima tiga (3) hari selepas pelanggan melengkapkan maklumat di Online Form KadKahwinArena.

Proses Cetakan

Standard 10 hari, Urgent 6 hari & 3 hari selepas pelanggan memberikan pengesahan draf. (Tempoh masa tidak termasuk proses penghantaran)

Semua kiraan hari di atas tidak termasuk Sabtu, Ahad & Cuti Umum. Tempoh masa proses adalah bergantung kepada que cetakan dan juga jenis pakej. KadKahwinArena akan melengkapkan proses sehingga hari maksima yang dipilih dan tidak akan melebihi hari maksima proses.

  1. DIGITAL INVITE

Produk digital invite tertakluk kepada terma asas berikut :

2.1 Produk ini tertakluk kepada pautan teknologi Google Map. Ia tertakluk kepada terma dan syarat juga updates semasa daripada pemilik teknologi tersebut. Jika masalah yang pelanggan hadapi terkait dengan isu pemilik teknologi pautan, ia adalah diluar bidang penyelesaian dan mungkin tidak dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

2.2 Jika lokasi pelanggan tidak boleh diakses dengan Google Map, pelanggan dinasihatkan untuk tidak menggunakan produk ini atau boleh menggunakan produk ini tanpa fungsi peta ke lokasi.

2.3 Produk ini akan aktif selama 2 minggu dari tarikh ia majlis. Kadkahwinarena berhak menyahaktifkan digital invite pelanggan selepas tempoh tanpa pemakluman notis kepada pelanggan.

2.5 Produk ini akan terus melalui proses ‘updates’ yang sentiasa berjalan untuk memastikan ia memenuhi keperluan teknologi pautan terkini dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna.

  1. POLISI PENGESAHAN DRAF DAN CETAKAN

Selepas setiap tempahan, KadKahwinArena akan melakukan proses draf rekabentuk dan mendapatkan pengesahan pelanggan. Kerja cetakan hanya akan dibuat selepas menerima pengesahan terakhir daripada pelanggan. Proses rekabentuk dan pengesahan akan dilakukan menggunakan whatsapp atau email. KadKahwinArena tidak akan bertanggung jawab atas sebarang kesilapan ejaan atau lain-lain selepas pengesahan untuk cetakan dibuat. Akan berlaku situasi maklumat yang dibekalkan tidak diletakkan dengan betul oleh pereka dalam produk cetakan akhir, Pelanggan bertanggungjawab untuk melakukan pengesahan terakhir untuk memastikan semua maklumat yang diletakkan adalah betul. Kami akan sentiasa memaklumkan pelanggan untuk melakukan pengesahan dan membaca semua maklumat dengan teliti sebelum memberi pengesahan untuk mengelakkan kesilapan berlaku pada produk cetakan pelanggan.

  1. KUALITI CETAKAN DAN WARNA

KadKahwinArena menggunakan pencetak offset dan digital untuk menghasilkan semua produk keluaran KadKahwinArena. Ketidakselarasan warna akan berlaku dalam setiap cetakan. Julat ketidakselarasan warna dalam cetakan produk akhir KadKahwinArena ialah 5%-10% daripada warna di sample cetakan. Warna melalui monitor atau skrin komputer adalah berlainan dengan warna sebenar cetakan kerana format warna yang berbeza. Warna di skrin tidak boleh dijadikan ukuran perbandingan dalam menentukan perbezaan warna. Kualiti potongan akhir juga akan mempunyai ralat ‘standard’ cetakan iaitu +/-5mm.

  1. PENUKARAN PRODUK, KUANTITI & PAKEJ SEBELUM PROSES CETAKAN.

Pelanggan boleh menukar produk atau pakej kepada pakej atau produk baru dan melakukan perubahan kepada nilai, spesifikasi dan kuantiti selagi belum memasuki proses cetakan. Tiada pemulangan tunai dibenarkan, tetapi pelanggan boleh menukar nilai tersebut dengan belian tambahan produk lain.

Setiap belian adalah untuk satu jenis design dan setiap kuantiti kad bercetak akan berkongsi info dan maklumat yang sama.

  1. PEMULANGAN DAN PENUKARAN PRODUK SELEPAS PENERIMAAN

Jika pelanggan tidak berpuas hati dengan barangan yang dibeli, pelanggan boleh memaklumkan pihak KadKahwinArena melalui customer support KadKahwinArena dalam tempoh masa tiga (3) hari selepas penerimaan dan memulangkan semula barangan tersebut dalam masa tujuh (7) hari selepas penerimaan (barangan perlu dibungkus semula seperti ketika penerimaan). Setiap produk yang dipulangkan atau diminta tukar perlu diserahkan sepenuhnya kepada KadKahwinArena. Pihak KadKahwinArena berhak untuk tidak menggantikan atau menukar produk yang gagal dipulangkan sepenuhnya. Tiada penukaran atau penggantian akan dilakukan dengan bukti bergambar. Kos penghantaran semula produk tidak akan ditanggung oleh KadKahwinArena.

  1. BAYARAN

Pembayaran boleh dilakukan di dalam website KadKahwinArena atau outlet. Rekabentuk kad atau lain-lain produk tempahan hanya akan dibuat selepas bayaran dibuat.

  1. PENGHANTARAN

Menjadi keutamaan kami untuk memastikan penghantaran produk kepada pelanggan dilakukan dengan baik. Semua penghantaran sekitar Semenanjung Malaysia akan dilakukan melalui syarikat kurier dilantik. Semua penghantaran akan dikenakan caj tambahan berdasarkan berat dan lokasi mengikut kadar semasa. Barangan telah siap dijangka akan diterima pelanggan sekitar 1-3 hari bekerja.

Pelanggan akan dicaj penghantaran ke Semenanjung Malaysia apabila melakukan belian di website KadKahwinArena.

  1. PEMBATALAN TEMPAHAN & PEMULANGAN DEPOSIT

Pembatalan tempahan dibenarkan jika produk masih belum dicetak dan caj pembatalan akan dikenakan. Berikut ialah jadual kos yang akan dikenakan atas pembatalan tempahan :

  1. Pembatalan tempahan sebelum kerja draf design dilakukan @ Tiada Caj
  2. Pembatalan tempahan selepas kerja design dilakukan tetapi belum melibatkan kerja pembetulan @ Caj RM50.00
  3. Pembatalan tempahan semasa proses kerja pembetulan @ RM80.00
  4. Pembatalan selepas kerja cetakan dilakukan @ Tiada pemulangan / caj penuh dikenakan
  5. Nilai penuh tanpa caj akan dipulangkan jika pembatalan ialah atas sebab kegagalan KadKahwinArena memenuhi jangka waktu proses yang tertera dalam polisi tempahan & jadual tempoh masa KadKahwinArena.
  6. PENUKARAN ATAU PERUBAHAN DESIGN ASAL & PEMBUATAN REKAAN KHAS

Semua rekaan di KadKahwinArena adalah tetap dan tidak boleh diubah elemen atau karekter rekaan tersebut. Pelanggan boleh memohon untuk melakukan personalization Font dan warna latar untuk kad cetak. Tiada caj dikenakan untuk custom design tetapi ia perlu mengikut prosedur yang ditetapkan oleh KadKahwinArena.

  1. POLISI URGENT ORDER

KadKahwinArena mempunyai polisi ‘Urgent Order’ untuk membolehkan pelanggan memohon untuk mempercepatkan proses rekabentuk dan pembikinan produk mereka. Walaubagaimanapun, kebolehan untuk mempercepatkan proses melalui urgent order ini bergantung kepada kondisi pengeluaran dan beban semasa KadKahwinArena. Pihak KadKahwinArena berhak untuk menolak permintaan Urgent Order daripada pelanggan dalam keadaan beban semasa yang tinggi.

×

Cart