fbpx

Selamat Datang

Selamat Datang

Assalamualaikum kepada semua,

Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kerana sudi melawat website kami. Sedikit penerangan ringkas kepada semua tentang kami. KadKahwinArena ditubuhkan pada tahun 2013 sebagai pembekal perkhidmatan mencetak kad undangan perkahwinan dan ‘wedding stationary’. dengan tagline “Super Jimat, Poket Selamat”, kami di KadKahwinArena sentiasa berusaha untuk memberikan setiap pelanggan kami perkhidmatan yang sangat memuaskan pada harga berpatutan.

Jadi, untuk post kami yang pertama di blog ini, kami sharekan beberapa tips untuk anda yang tengah plan nak tempah kad undangan:

  1. Tips yang pertama, buat anggaran jemputan majlis. Ingat, 1 kad biasanya serve untuk 2 tetamu (suami & isteri) Contoh, Anggaran jemputan 1000 orang, jadi kad yang diperlukan lebih kurang 500 keping.
  2. Tips yang kedua, lebihkan kad undangan dalam 100 keping. Sebab, kalau dah habis serah jemputan tapi masih ada lagi yang belum dijemput. Kos cetak kad baru sangat ‘pricey’ sebab masa suntuk dan kos kerja cetak kad 100 keping dan 500 keping, hampir sama sahaja.
  3. Tips yang ketiga, if possible. Rancang untuk kongsi bersama pasangan buat 2 jemputan dalam 1 kad sahaja. pilih kad yang jenis berlipat(ruang lebih untuk 2 pihak), sangat menjimatkan.
  4. Tips yang seterusnya, siapkan maklumat untuk kad sebelum datang ke kedai. Ambil 1 keping kad jemputan yang anda terima dan copy semua maklumat. Draf peta lokasi majlis, jangka masa untuk kad anda siap tidak lebih 2 minggu jika anda ikut tips ini.(kami ada borang online untuk anda isi terus dari website, senang kan?)
  5. Tips yang kelima dan terakhir untuk post ini. Rancang awal, buat tempahan awal. kebanyakan pembekal servis kad kahwin ini ada surcaj harga, jika tempoh masa tempahan dibuat kurang 10 hari. jadi buat perancangan ya!

Terima kasih kerana meluangkan masa anda di sini. Sudi-sudilah like dan share artikel ini ya. 🙂

Facebook
Instagram
×

Cart