Bagi anda yang ingin berkahwin pada masa terdekat ini, kami kongsikan artikel ini sebagai panduan untuk membantu anda dalam merancang majlis anda dengan baik.
- Jumlah tetamu yang ingin dijemput menggunakan kad. (kebiasaannya 1 keping kad untuk sepasang tetamu)
- Buat anggaran bajet untuk kad, buat pilihan sama ada hanya kad atau pakej kad dan cenderahati perkahwinan yang diingin ditempah. (sekarang terdapat banyak pembekal yang menyediakan pakej kad berserta barangan cenderahati perkahwinan, lebih jimat belanja)
- Senarai maklumat yang ingin dicetak dalam kad. Sebagai contoh nama waris, tarikh, alamat lokasi dan nama pengantin. (simpan kad kahwin dari jemputan yang anda dapat, boleh guna sebagai rujukan untuk maklumat kad)
- Sediakan pelan lokasi majlis, sebaiknya contoh dari kad yang pernah dicetak oleh jiran terdekat atau keluarga di lokasi yang sama.
- Buat tempahan awal, paling lewat 2 bulan sebelum majlis. (Untuk proses design sehingga cetak boleh mengambil masa hampir 1 bulan)
- Buat online survey, kini terdapat pembekal yang mempunyai online store, anda boleh buat survey harga dan design dengan smartphone sahaja. Untuk lihat harga kami klik sini
Terima kasih kerana meluangkan masa anda membaca artikel ini. Sudilah like dan share.