fbpx

Top Rated Designs

Korang Tanya Kami Jawab

Digital Invite ni kad undangan versi digital, buka link dia guna smartphone atau tablet korang tu. Dalam Digital Invite ni ada banyak kemudahan untuk tetamu guna, contoh paling gempak. Ada live link Google Maps lokasi majlis nanti. Tetamu click je, terus boleh navigate pergi majlis. Kalau korang nak tengok preview Digital Invite ni. Link ada dekat atas tadi.

Eh, kita orang ada lagi buat kad kahwin. Nak tau apa offer yang korang dapat kalau buat kad kahwin? Korang akan dapat pakej kad kahwin + Digital Invite dan 4 add on item PERCUMA!!!

Ok, kami dah sediakan platform tempahan online dekat sini. Korang boleh tengok design mana yang korang berkenan, lepas tu pilih nak Digital Invite sahaja atau nak pakej kad kahwin. Dah buat pilihan korang proceed je order online atau kalau nak datang kedai pun kami terima.

Untuk tempahan online cara bayaran secara Online Banking, guna servis FPX. Terus link dengan Bank. Kalau dekat kedai, bayaran secara tunai.

Bila korang dah checkout order nanti. Korang akan terima emel pengesahan order. dalam tu akan ada link Borang Maklumat Kad. Korang just isi lepas tu submit.

Untuk Digital Invite lepas 24 jam kami akan send link kepada korang. Untuk Kad Kahwin, proses design akan ambil masa 2/3 hari bekerja. Proses cetak ambil masa normal 10 hari bekerja, selain tu ada pilihan untuk 6 hari & 3 hari bekerja.

*nota: pilihan 6 atau 3 hari bekerja tertakluk pada keadaan semasa tempahan serta terdapat caj tambahan.

Kedai buka Isnin – Jumaat dari 9am sampai 6pm dan Ahad dari 10am sampai 3pm. Sabtu Tutup. Cuti Am, Korang call dulu buat appointment. Oh, kalau tempah online. Jam 3am pun boleh tau.

Kedai kami dekat Kajang, Selangor.

kadkahwinarena

Click Icon Untuk Lokasi Google Map

×

Cart